Hijjaz Records Sdn. Bhd. (574767-U) (HRSB) telah ditubuhkan pada 23 Mac 2003 di bawah Akta Syarikat 1956. Syarikat ini diterajui oleh empat orang Ahli Lembaga Pengarah di mana tiga orang di antaranya ialah anggota Hijjaz sendiri. Artis-artis yang bernaung di bawah HRSB ialah Hijjaz, UNIC, Mestica, Aeman, Suhaimi, Amar dan Diana Naim.